Wadah Muslimah Melayu

Friday, August 11, 2006

Elok bahasa bekal hidup, elok budi bekal mati

Sebelum maghrib tadi saya menerima panggilan telefon dari bekas anak murid yang dah bergelar bapa, Salman. Dia membawa khabar gembira. Dia dan isterinya, Farah(juga bekas anak murid) akan berangkat ke Hungary pada 20hb Ogos ni...
"Membawa hati yang luka ke? Sampai tak sempat tunggu 21hb..." gurau saya.(Umum 'terlebih' dikhabarkan media mengenai perkahwinan Siti 21hb Ogos)
"Itulah sebenarnya Puan, merajuk dengan Siti!". Berbual dengan Salman kerap mengundang tawa berpanjangan. Salman periang orangnya. Budi bahasa dengan pensyarah-pensyarahnya dijaga. Pernah dia berkunjung ke rumah saya membawa buah-buahan dari kampung. Budi dan bahasanya tetap saya kenang selagi diberi nyawa. Saya tumpang seronok dan segera mendoakan mereka bahagia di rantau orang.
Mendapat panggilan telefon, menerima esemes atau menerima kiriman emel dari bekas pelajar sesungguhnya antara perkara yang menyeronokkan. Mendengar kejayaan, pengalaman, masalah mereka di tempat kerja atau di dalam rumahtangga, saya memanjatkan kesyukuran kerana masih bernyawa untuk berkongsi semua itu. Walaupun terkadang dihujani kesibukan, saya sedaya upaya terus berkomunikasi dengan mereka, cukuplah sekadar memberi pandangan, mengucap tahniah, berkongsi rasa sedih dan gembira, tanda kita tetap menghargai mereka. Tak luak apapun, malah memanjangkan lagi silaturrahim sesama manusia. Melayukan terkenal dengan budi bahasa!
Baru-baru ini saya mendapat esemes bekas pelajar yang dilanda masalah dengan suami.
"Puan, alhamdulillah, saya dan suami dah ok. Saya bersyukur mendengar nasihat Puan hari tu. Saya banyakkan sabar dan tak lari dari rumah. Saya layan dia macam biasa walau hati saya sakit dan jelek. Berkat doa-doa saya melembutkan hatinya". Saya membaca mesej itu dengan rasa lega. Rupanya dia mendengar nasihat saya supaya tidak terlalu berkeras dengan suami yang sedang mabuk dilanda asmara. Gunakan pendekatan yang berhikmah dan banyakkan solat hajat.
Berbalik pada Salman, saya sempat berpesan agar menjaga iman walau di mana dia berada. Semoga jatidiri Melayu Islam tidak akan hilang dari dirinya. Dia membalas, dengan berkat doa guru-guru, maka jadilah kami hamba Allah yang berjaya dunia akhirat. Saya tersenyum puas. Manis sungguh bahasanya. Moga jadi ingatan buat diri sendiri juga. Elok bahasa, elok budi, disayangi Ilahi. Sesungghnya agama Islam itu ialah agama yang boleh mencorakkan budi bahasa yang indah seindah pekerti Nabi Muhammad s.a.w.
Anak ayam turun lima
Satu mati tinggal empat
Minta mati dalam agama
Biarlah tulis jalan makrifat

3 Comments:

At 10:32 AM, Blogger Nazhatulshima N said...

Tahniah dan syabas Shima ucapkan
Semoga penulisan berterusan
Bakat yang ada usah dipersiakan
Ilmu yang ada perlu disebarkan

 
At 8:50 PM, Blogger Noraini Ismail said...

Salam

Shima,

Terima kasih daun keladi
Bila senang berkunjunglah lagi

 
At 5:18 AM, Blogger IQRAQ said...

Assalamualaikum Puan Noraini Ismail,
Jazakallah Khairan khathira...
buat puan yang tak pernah kenal erti penat dalam usaha membajai ilmu dan semangat pada anak-anak didiknya agar menjadi hamba allah yang sempurna.

Moga Allah sentiasa memberikan kesejahteraan kepada puan sekeluarga di dunia dan akhirat, dan hanya Dialah sebaik-baik pemberi balasan atas kebaikan yang puan curahkan kepada saya dan isteri selama ini.

Bersama ini saya ingin kongsi secebis ilmu kurnian tuhan buat pedoman...

Antara Kenangan dan Pegangan

Teringat semasa saya masih dibangku sekolah, mak abah selalu berpesan pada saya dan adik beradik yang lain,,,,

"Bila di rumah kami adalah ibubapa kamu, tapi bila di sekolah, guru adalah ibubapa kamu, Oleh itu...!

"Jangan derhaka kepada guru" sebab,,,

jika kamu derhaka dengan guru samalah erti kamu derhaka pada kami,

dan bila kamu derhaka pada kami maka, kamu juga telah derhaka pada Rasulullah dan seterusnya pada Allah.

jadi, peganglah pesanan ini. Insyallah kamu berjaya dunia akhirat.

Salam Perantaun dari kami,
Ahmad Salman, Farrah,
Nurul Izzah dan Nurul Huda,
Budapest, Hungary

 

Post a Comment

<< Home